Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia UPU
Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi Filed under ASASI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, MATRIKULASI1 Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013 yang ditutup dalam bulan April 2012 yang lalu akan boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2. Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang akan mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Para pelajar yang berkenaan perlu mengambil peluang ini untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar. Ini bagi meningkatkan peluang mendapat tawaran ke IPTA. Permohonan Fasa 2 UPU Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu; Melalui UPU – Permoh...